January 15, 2010

Selamat Pengantin Baru...


Selamat Pengantin Baru buat Achik dan Kak Sima

Semoga ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke akhirnya dan membawa kalian ke syurga yang abadi.

Maaf tersusun di sepuluh jari ini kerana tak dapat bersama keluarga meraikan perkahwinan Achik dan Kak Sima. Cukuplah dengan doa dari dataran Syam ini mengiringi majlis perkahwinan kalian. Semoga ia akan terus lestari selamanya..

بارك الله لك، وبارك عليك، وجمع بينكما في خير
"semoga Allah memberi berkah kepadamu & ke atasmu & mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan"

_____________________________________________________________________________________

Serasanya, sudah 2 akad nikah keluarga saya, saya terlepas untuk berada bersama di dalam majlis.

Pertama, semasa Abg Shafik melafazkan akad nikahnya, saya masih berada di dalam bas berkejaran untuk pulang ke kampung dari Kuala Lumpur. Saya terpaksa mengambil tiket yang lewat kerana ada beberapa perkara di kampus yang tidak dapat untuk saya tinggalkan.

Semasa Achik melafazkan akad nikahnya pada minggu lepas pula, saya masih lagi bermusafir di Bumi Syam.

Dan saya tahu, saya akan terlepas lafaz akad nikah keluarga saya yang ketiga di atas alasan yang sama. Saya masih lagi bermusafir di Bumi Syam.

Apapun, saya tetap mendoakan kebahagian mereka semua. Tiadalah makna bagi seorang adik melainkan untuk melihat seluruh abang dan kakaknya terus bahagia baik di dunia dan akhirat.

ameen.

AlFaqir Ila Allah,
Muhamad Azan Safar

p/s : Semalam berakhirnya exam fasal awwal di Maahad setelah 3 minggu berhempas pulas untuk menghabiskan keseluhan kertas 18 madah pengajian. Walhal, seminggu sebelum mula peperiksaan, kami baru sahaja tamat ujian muzakarah bagi 18 madah tersebut dalam tempoh 1 bulan pengajian. Memang hidup ini adalah hidup bersama ujian. Ujian untuk mengingatkan, ujian untuk menyedarkan. Dan saya pula, bukanlah seorang yang cerdik pandai dan bersih hatinya untuk tenang dengan ujian-ujian yang dihadapi ini. So exhausted.