April 10, 2009

Secangkir Senyuman, Secarik Hiba..

Antara perkara yang saya minat adalah untuk membaca tulisan blog. Bagi saya, dengan tulisan blog yang saya baca baik kepunyaan sahabat-sahabat saya sendiri atau orang lain, selain dari pengalaman dan input yang menarik yang saya perolehi, sebenarnya saya juga dapat melihat gerakan pemikiran mereka apabila mereka melontarkan sesuatu isu. Saya juga sangat berminat untuk mengkaji tentang perkara tersebut. Sekurang-kurangnya, saya dapat mempelajari sesuatu dari mereka.

Sahabat-sahabat saya semuanya hebat-hebat. Kalau ditanya kepada saya, saya akan katakan bahawa saya kagum dengan mereka. Dan setiap kali saya membaca tulisan mereka itulah yang membuatkan saya tersenyum. Ya, tersenyum sendirian. Saya kagum.

Tapi di sebalik senyuman yang diukirkan, rasa hiba tidak terkecuali melilit perasaan.

Seingat saya sudah hampir 2 tahun saya membina blog ini. semuanya adalah kerana saya minat untuk menulis dan melontarkan pandangan. Apa yang saya yakin, kesemua post yang saya hasilkan dalam blog ini adalah melalui penulisan saya sendiri di dalam laptop usang peribadi milik saya. Sehinggalah kemalangan yang menimpa kami seusrah di Kepong dahulu, sejurus itu jugalah laptop tersebut sekali lagi 'merajuk' dengan saya setelah berkali-kali merajuk. Dan bagi saya, rajuk itu adalah untuk selama-lamanya.

Sejurus itu jugalah, saya belum pernah untuk menulis post-post terbaru sehingga detik ini. Mungkin mencari alternatif, mungkin juga hanya alasan sebenarnya.

Bagi saya, laptop saya adalah laptop yang berpengaruh. Laptop itu jugalah sebagai wadah mengeratkan ukhwah di antara kami seusrah. Walaupun laptop tersebut mungkin menjadi pilihan terakhir bagi orang lain untuk menggunakannya, tapi ia tetap akan menjadi pilihan utama bagi kami Izzatul Islam seusrah. Dan hanya kami sahaja tahu betapa bernilainya laptop tersebut kepada kami. Kerana jasanya kepada kami.

adus, rimas saya untuk berada di cyber cafe ni agak lama. Saya sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menulis dan terus menulis. Kepala sudah sarat dengan modal yang ingin di tulis tapi nantilah.

Moga akan ada peluang di celah-celah kesulitan ini kelak.

wassalam

p/s : Kenapa saya rasa nak tergelak bila baca post ni ek? erm.. ntah la..